Qalam Intergrasi Resources PG0289327-K merupakan
sebuah konsultan perunding modal insan yang tertakluk dibawah Akta Syarikat
1956 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Berstatus Bumiputra
sepenuhnya, syarikat mengambil pendekatan berbeza berbanding
konsultan-konsultan lain dengan memfokuskan perkhidmatan perundingan modal
insan yang terarah kepada tiga teras utama:-
- `Business Understanding`, BU
- `Knowledge Enpowerment ` KM
- `Real-life Experience`. REAL(Real-life Experience in Academic Learning)
Perkhidmatan
yang ditawarkan Qalam Intergrasi Resources merangkumi program latihan dan
perundingan seperti seminar dan module berbentuk diskusi serta latihan dalam
kumpulan (LDK) mengikut kesesuian dan matlamat pelanggan. Kesemua program yang
ditawarkan adalah berkonsepkan
“Goal Oriented” serta “Results Driven” dan akan disusuli dengan ujian penilaian
(Program assessment) bagi mengukur pemahaman peserta. Antara
module yang telah sedia kini ditawarkan adalah seperti Business Understanding
(pemahaman budaya kerja, trend dan polar industri), Knowledge Enpowerment (process
teori, product know-how,), serta REAL(pemilihan kerjaya dan industri).
Berbekalkan kekuatan, pengalaman serta
latarbelakang konsultan dan fasilitator dari pelbagai sektor industri, syarikat
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk muncul sebagai sebuah konsultan utama
yang menghubungkan sektor pendidikan negara dengan industri dengan memberi
khidmat perundingan industri kepada institiut pengajian tinggi negara khusunya di
wilayah utara. Hubugan baik syarikat dengan sektor industri berteknologi tinggi
(cakera keras, fabrikasi dan pemasangan chip, solar panel), sektor berimpak
tinggi (Petro-chemical, minyak dan gas) serta sektor automotif membolehkan
syarikat membawa pemain-pemain industri secara terus kepada generasi muda khususnya
para pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi negara.
Sebagai langkah
pro-aktif, syarikat sentiasa meninjau peluang-peluang untuk melebarkan lagi
sayap perniagaan dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan sama ada dalam sektor
awam mahupun swasta. Syarikat juga sedang meninjau lain-lain perkhidmatan untuk
diterokai.
No comments:
Post a Comment